Mitsubishi Minicab EV 2024 diperkenal di Jepun, jarak lebih jauh, daripada RM76 ribu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi Minicab EV
Mitsubishi Minicab EV
Di dalam artikel sebelum ini Careta memaparkan tentang rancangan Mitsubishi untuk mengeluarkan van elektrik Minicab-MiEV di Indonesia.

Terbaru di Jepun, Mitsubishi memperkenalkan versi baharu yang dikenali sebagai Minicab EV dan mula dijual pada 21 Disember.

Minicab EV adalah sebuah kenderaan perdagangan elektrik kei-car (kereta mini) yang diasaskan daripada Minicab-MiEV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun

Sejak dilancar pada 2011 dan sehingga penghujung Oktober 2023, Minicab-MiEV telah terjual sekitar 13,000 unit dan satu angka yang tinggi.

Minicab EV nampak sama dengan Minicab-MiEV namun berbeza pada panel dan bampar depan.

Perubahan besar ialah pada perkakasan elektrik seperti motor dan bateri baharu dan ciri keselamatan lebih canggih.

Mitsubishi Minicab EV

Jarak pemanduan bertambah kepada 180 kilometer (mod WLTC) atau sekitar 35 peratus berbanding sebelum ini.

Pengecasan biasa AC200V (15A) mengambil masa kira-kira 7.5 jam untuk penuh. Jarak tidak berapa jauh dan masa pengecasan yang lama?

Minicab EV sebenarnya lebih sesuai untuk penghantaran di dalam kejiranan sama. Pengecasan boleh dibuat semalaman dan terus menggunakannya pada keesokan hari.

Mitsubishi Minicab EV

Cara lain ialah menggunakan pengecas pantas yang boleh menambah kuasa bateri sehingga 80 peratus dalam masa sekitar 42 minit.

Motor elektrik baharu menghasilkan daya kilas 195Nm secara spontan dan menggerakkan Minicab EV dengan lancar dan tangkas dalam membawa barangan.

Motor dan penyongsang baharu disatukan kepada unit tunggal untuk bunyi lebih rendah selain memanjangkan jarak pemanduan.

 

Mitsubishi Minicab EV

 

Ciri tersebut membolehkan pemandu menjalankan tugas pada awal pagi atau lewat malam tanpa risaukan ketenteraman orang lain.

Penggunaan tenaga sebenar lebih baik dengan meningkatkan kuasa jana semula dalam kedudukan B (pengecasan bateri) melalui penggunaan aktif pembrekan jana semula.

Mitsubishi tidak hanya menumpukan pada perkakasan elektrik dan turut memberi perhatian pada pengendalian. 

 

Mitsubishi Minicab EV

 

Prestasi redaman suspensi depan dan belakang ditambah baik untuk mempertingkatkan keselesaan penumpang.

Penambahbaikan itu turut mengurangkan olengan dan ciri penting untuk sebuah van yang membawa muatan. 

Dari segi keselamatan, Minicab EV canggih dengan Sistem Elak Rempuhan Depan (FCM), Amaran Lencongan dan Lampu Alur Tinggi Automatik (AHB).

 

Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun

 

Turut dilengkapi Sistem Elak Salah Pecut Ultrasonik (UMS) apabila memandu ke depan dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Dari segi kebolehgunaan, Minicab EV dilengkapi slot kuasa (AC100V, maksimum 1500W) pada bahagian belakang van.

Pengguna boleh menguasakan pelbagai perkakasan elektrik serta memanfaatkannya ketika kecemasan atau bencana alam.

 

Mitsubishi Minicab EV

 

Sebagai pilihan pembelian, pengguna ditawarkan slot pengecasan USB Jenis C dan Jenis A. 

Satu lagi yang menarik ialah harga Minicab EV tidak jauh beza daripada Minicab-MiEV tetapi boleh dipandu lebih jauh selain ciri keselamatan lebih canggih.

Minicab EV dua tempat duduk berharga 2,431,000 yen (RM76,186) dan 2,486,000 yen (RM77,909) untuk model empat tempat duduk.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Mitsubishi Minicab EV