Mitsubishi Motors Hidupkan Semula Pajero PAda 2027

oleh Qalif Latif|
Mitsubishi Motors dikhabarkan akan menghidupkan semula model ikonik Pajero pada tahun depan, sebagai langkah strategik untuk merancakkan semula jualan syarikat itu di pasaran domestik Jepun.

Menurut sumber, model baharu Pajero ini dijadualkan dilancarkan pada Disember 2026. Ia akan diproduksi di Thailand sebelum diimport masuk ke Jepun.

 

Pajero
Mitsubishi Pajero Final Edition model tahun 2022 adalah produksi terakhir Pajero sebelum ditamatkan pengeluaran.

Sejarah Pajero

Pajero mula diperkenalkan pada tahun 1982 dan pernah mencetuskan fenomena kenderaan pacuan empat roda (4WD) di seluruh dunia. Namun, jualannya di Jepun berakhir pada 2019 berikutan penurunan permintaan dan prestasi kewangan syarikat yang merosot. Malah, kilang pengeluaran Pajero turut ditutup pada 2021.

Pajero

Faktor Global & Tekanan Tarif

Kebangkitan semula Pajero ini hadir ketika pengeluar kereta berdepan cabaran besar akibat langkah tarif tinggi oleh Amerika Syarikat. Mitsubishi menjangkakan langkah tarif oleh pentadbiran Presiden AS Donald Trump akan menjejaskan keuntungan operasi tahun fiskal ini sebanyak 42 bilion yen (anggaran USD285 juta), walaupun kadar tarif dikurangkan kepada 15 peratus seperti dijangka.

 

Pajero Evo
Mitsubishi Pajero Evolution Dakar dihasilkan pada tahun 1997-1999 didatangkan dengan enjin 3.5V6 menghasilkan kuasa 275bhp, hanya 2,693 unit sahaja pernah dihasilkan oleh Mitsubishi

Harapan Mitsubishi

Dengan mengembalikan model lagenda Pajero, Mitsubishi berharap dapat menarik kembali minat pelanggan tempatan yang merindui kenderaan lasak itu, sekali gus membantu memperkukuh prestasi jualannya di tengah cabaran global semasa.

Sumber: NHK World

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam rombakan ini, Takao Kato akan terus kekal sebagai CEO buat sementara, sebelum beralih ke…
Uncategorized
Enjin Turbo 4G63 Dengan Nafas Baharu Di bawah bonetnya terletak enjin 2.0L turbo empat silinder…
Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…