Mitsubishi Motors Malaysia catat rekod jualan positif untuk 2018 - naik 66% berbanding 2017

oleh Mohamad Hanif|
Setelah 13 tahun beroperasi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar tunggal kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia mengumumkan pencapaian jumlah jualan yang positif bagi separuh pertama tahun kewangan 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi jualan yang dicatatkan daripada April sehingga September 2018, MMM telah mencatatkan jualan berjumlah 4,788 unit kenderaan dengan peningkatan sebanyak 66% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

Prestasi yang cemerlang ini turut dibantu oleh peningkatan jualan model trak pikap Triton dan SUV Outlander yang masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 68% dan 482% daripada jumlah jualan separuh pertama 2017.
 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, "tahun lalu kami telah memposisikan kembali varian Triton supaya ia lebih memenuhi keperluan para pelanggan daripada segi prestasi, pengendalian, keselamatan dan tidak ketinggalan harga yang menarik."

"Peningkatan jualan juga turut disumbangkan oleh pelepasan cukai sifar GST yang telah diumumkan kerajaan ketika Jun-Ogos 2018. 

"MMM kini dilihat berada di posisi yang amat positif dan berterima kasih atas sokongan penuh daripada para pelanggan kami terhadap jenama Mitsubishi, dan berjanji akan memberikan yang terbaik kepada mereka," ujar beliau lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…