Mitsubishi Motors Malaysia rasmi pembukaan pusat pameran 3S di Temerloh

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia baru-baru ini merasmikan pembukaan pusat 3S di Temerloh, Pahang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pusat 3S yang dikendalikan oleh Auto Raya Timur itu menampilkan imej korporat baharu jenama tersebut, selari dengan tagline global 'Drive Your Ambition' yang menunjukkan komitmen terhadap nilai dan aspirasi kepada pelanggannya.

Dibina atas tanah berkeluasan 11,000 kaki persegi, pusat 3S Mitsubishi ini menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti, selain menempatkan ruang pelanggan yang lengkap dengan sambungan WiFi.

 


Selain daripada ruang pameran yang mampu memuatkan tiga buah kereta baharu, ruang servis yang ada pada pusat 3S ini mampu menempatkan sehingga enam kenderaan pada satu-satu masa.

Bagi mereka yang berminat, boleh berkunjung ke pusat 3S Mitsubishi Motors yang terletak di Lot 9301 & 9297, Batu Tiga, Jalan Mentakab, 28000 Temerloh, Pahang.

 


Sehingga kini, MMM mempunyai kira-kira 52 pusat pameran (46 daripadanya adalah pusat 3S) dan 52 pusat sevis di seluruh Malaysia.

Sementara di Malaysia Timur, MMM diwakili oleh 14 buah pusat pameran, di mana tujuh daripadanya terdapat di Sabah dan selebihnya di Sarawak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59…
Berita Domestik
Kedua-dua pusat 3S ini dikendalikan oleh JM Auto Gallery dan membawakan identiti jenama global…