Mitsubishi Motors rasmikan Bilik Pameran yang ke-52 di Sitiwan Perak

oleh SALINA JALIL|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, bersama Lofty Ambition Sdn Bhd meraikan pelancaran Pusat 3S (Jualan, Perkhidmatan & Alat Ganti) di Sitiwan, Perak hari ini .


Pusat 3S Lofty Ambition ini merupakan bilik pameran ketiga Mitsubishi Motors di Perak, dengan dua bilik pameran lain yang terletak di Ipoh dan Taiping untuk kawasan utara. Pusat 3S terbaharu ini terletak di No. 1, Jalan Medan Serdang 1, Medan Serdang, 32000 Sitiawan, Perak.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata, "Mitsubishi Motors dan Lofty Ambition telah menjadi rakan kongsi perniagaan sejak tahun 2014 lagi.

 

Dalam masa yang singkat, Lofty Ambition mampu berkembang dan mengukuhkan kehadiran jenama Mitsubishi di Perak dan kami amat gembira untuk meraikan bilik pameran Mitsubishi ketiga di sini! Kami mengucapkan terima kasih kepada Lofty Ambition di atas komitmen mereka terhadap jenama Mitsubishi ini."

 

Pusat 3S ini dilengkapi dengan ruang menunggu dan ruang bengkel yang lengkap dengan pelbagai kemudahan menyelenggara dan membaiki kenderaan dengan adanya peralatan-peralatan diagnostic yang lengkap dan Special Set Tools (SST) bagi tujuan menyelenggara  setiap kenderaan Mitsubishi. 
 

 

 

Dengan pembukaan Pusat 3F Lofty Ambition ini juga, ia menjadikan jumlah keseluruhan bilik pameran MMM adalah sebanyak 52 cawangan. 

 

Walau bagaimanapun jumlah pusat servis MMM adalah sebanyak 54 cawangan di keseluruhan Malaysia. Jumlah ini termasuk 15 cawangan di Malaysia Timur (7 di Sarawak dan 8 di Sabah).

 

Rujukan tambahan, trak pikap Triton adalah unit yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand.  Cuma SUV ASX dan Outlander sahaja yang dipasang siap (CKD) di Malaysia.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…