Mitsubishi Outlander generasi baharu dikesan tanpa pelekat samaran di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Kurang sehari daripada tarikh pelancaran sebenar, kelibat penuh Mitsubishi Outlander generasi baharu telah pun dikesan sedang diangkut atas treler menuju ke salah sebuah pusat pameran di Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Gambar yang diperoleh daripada laman Facebook The Automobilist itu memperlihatkan rekaan sebenar bahagian belakang Mitsubishi Outlander yang membawakan persamaan dengan model konsep Engelberg seperti yang diperlihatkan beberapa tahun yang lalu.

Sebelum ini, sedikit informasi telah pun diperlihatkan oleh Mitsubishi menerusi video ringkas berdurasi 15 saat yang memaparkan Outlander baharu diuji atas pelbagai jenis permukaan bumi, termasuklah laluan off-road, jalan bersalji, serta meredah laluan air.

Mitsubishi Outlander berkongsi platform dengan Nissan X-Trail/Rogue, namun hadir dengan elemen yang sinonim pada kereta Mitsubishi yang lain iaitu Dynamic Shield.

Esok merupakan hari bersejarah di mana Mitsubishi bakal menjadi pengeluar pertama yang melancarkan kenderaan baharu menerusi platform Amazon Live.

Nantikan informasi lanjut berkenaan Mitsubishi Outlander di Careta.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA),…
Berita Global
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah populariti model SUV Outlander…