Mitsubishi Outlander PHEV 2022 didedahkan sebelum pelancaran rasmi 28 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi memperlihatkan secara rasmi rekaan sebenar model SUV plug-in hybrid (PHEV) beberapa hari sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung 28 Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, dari segi luaran, agak sukar untuk membezakan antara model PHEV dengan model petrol yang biasa, melainkan penambahan slot tambahan untuk pengecasan bateri, serta lencana Plug-In Hybrid EV pada pintu hadapan dan pintu tailgate.
 

PHEV


Ruang kabin pula tidak membawakan perbezaan yang ketara seperti skrin infotainmen sembilan inci dan skrin kluster digital 12.3 inci, kecuali penambahan paparan pada skrin yang memberikan informasi berkenaan trenkuasa PHEV seperti kapasiti pengecasan bateri.

Dari segi teknikal, Mitsubishi masih lagi merahsiakan spesifikasi yang bakal ditawarkan, namun dalam laporan terdahulu pengeluar itu mengesahkan bahawa Outlander PHEV 2022 memiliki kuasa dan kapasiti pek bateri yang lebih besar untuk jarak pemanduan yang lebih jauh.
 

Outlander


Terdapat juga ura-ura Mitsubishi bakal memperkenalkan versi yang lebih berkuasa oleh divisyen Ralliart yang bakal membawakan kembali lencana Evolution pada SUV ini.

Seperti yang dikatakan, Outlander PHEV akan dilancarkan secara rasmi diperingkat global pada 28 Oktober dan mula dijual di Jepun pada pertengahan Disember ini diikuti pasaran Amerika Syarikat pada tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Outlander PHEV generasi terdahulu dan model baharu yang dilancarkan pada Disember 2021 terjual…
Berita Global
  Model pengganti Outlander (generasi keempat) diperkenal pada Februari 2021 dan versi hibrid…
Model Terbaharu
Outlander PHEV 2022 kini menampilkan pek bateri 20 kWh yang lebih besar kapasitinya (13.8 kWh pada…