Ini kerana Mitsubishi sebelum ini telah pun mengesahkan untuk menghentikan eksport SUV ke Eropah bermula September ini demi memfokuskan pasaran Asia Tenggara.
Ketika zaman kegemilangannya, penjualan Mitsubishi Outlander (serta SUV lain seperti ASX dan Eclipse Cross) merangkumi 64 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Mitsubishi untuk enam bulan pertama tahun ini.
Walaupun dunia masih lagi terbelenggu dengan efek pandemik COVID-19 yang belum reda, Outlander PHEV telah berjaya menjadi sebuah model plug-in hybrid yang paling kompetitif dalam pasaran, dengan jumlah jualan 51,667 unit di UK sahaja!
Menurut eksekutif Mitsubishi Motors UK, David Rodriguez berkata, "populariti Mitsubishi Outlander PHEV bukanlah bergantung semata-mata terhadap teknologi, kebolehpercayaan dan pemanduan, akan tetapi khidmat selepas jualan dan sokongan yang diberikan oleh jaringan pengedar kami menjadi faktor utama semenjak dari mula.
Generasi baharu Mitsubishi Outlander PHEV dikatakan akan dilancarkan pada tahun hadapan, menampilkan trenkuasa serba baharu yang lebih berkuasa, serta menawarkan jarak perjalanan sifar emisi yang lebih jauh.