Mitsubishi Pajero tamat produksi pada 2021 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Dengan pengenalan model terakhir yang dilancarkan di Jepun pada tahun lalu iaitu Pajero Final Edition, Mitsubishi Motors akhirnya memulakan langkah seterusnya untuk penutupan kilang subsidiari Pajero Manufacturing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan terbaharu daripada Asian Nikkei Review itu menyebut, kilang Pajero Manufacturing yang terletak di bandar Sakahogi, Jepun akan ditutup dalam masa tiga tahun.

Disebabkan kekurangan permintaan dan penurunan jualan, ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada produksi Mitsubishi Pajero menjurus kepada penamatan penawaran model SUV tersebut kepada pasaran Jepun pada tahun 2019.

Ia juga turut memberikan kesan kepada penghasilkan model Pajero yang dikhususkan untuk eksport, di mana Mitsubishi bakal menghentikan produksinya menjelang tahun 2021.

Dengan penutupan kilang tersebut, ia bakal menjadi kilang domestik pertama Mitsubishi yang ditutup dalam masa 20 tahun dan model-model yang dipasang pada kilang sama seperti Delica D:5 dan Outlander akan dipindahkan ke kilang subsidiari Okazaki Manufacturing serta kilang-kilang yang lain.

900 orang pekerja kilang tersebut juga akan dipindahkan.

 

sumber: Asian Nikkei Review


Sedikit maklumat menarik, pada asalnya kilang Pajero Manufacturing bermula sebagai Toyo Koki, ditubuhkan pada tahun 1943 sebagai lokasi penghasilan komponen kapal terbang.

Hanya selepas Perang Dunia Kedua, Toyo Koki berubah peranan menjadi sebuah syarikat pembuat badan automotif yang menghasilkan SUV Pajero dan kenderaan-kenderaan Mitsubishi berdasarkan kontrak.

Setelah itu, baharulah Mitsubishi Motors menjadikan Toyo Koki sebagai sebuah syarikat subsidiari dan namanya ditukarkan kepada Pajero Manufacturing pada tahun 1995, sebelum menjadikannya syarikat subsidiari penuh pada tahun 2003.

Untuk tahun fiskal 2019, Pajero Manufacturing telah berjaya menghasilkan 63,000 unit kenderaan yang merangkumi 10 peratus daripada jumlah produksi domestik Mitsubishi Motors.

Sumber: Asian Nikkei Review

Berita Berkenaan

Berita Global
Aaron O'Halloran, warga British berusia 31 tahun itu dikesan memandu SUV off-road itu di Stesen…
Berita Global
Namun, seperti yang diberitakan sebelum ini, SUV off-road ikonik itu kian menghampiri penghujung…
Berita Global
Pemberhentian ini adalah disebabkan kadar penjualan yang semakin menurun di peringkat global,…