Mitsubishi rangkul anugerah Good Design 2023 - terima kasih Triton, Xforce, Delica Mini!

oleh Mohamad Hanif|
Apakah persamaan yang wujud antara trak pikap Triton, SUV kompak XForce dan kei-car Delica Mini?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jawapannya, ketiga-tiga model tersebut melayakkan Mitsubishi Motors untuk merangkul anugerah Good Design Award 2023 yang dianjurkan oleh Japan Institute of Design Promotion.

Triton, XForce dan Delica Mini telah dpilih sebagai pemenang Good Design Award kerana setiap satu model yang disebutkan itu - biarpun dengan penggayaan yang tersendiri - masih lagi mampu menonjolkan semangat dan falsafah rekaan Mitsubishi-ness.
 

triton


Generasi keenam Mitsubishi Triton telah dilancarkan pada Julai 2023 yang lalu, membawakan platform dan enjin diesel serba baharu yang direka untuk pasaran ASEAN dan Amerika Latin.

Menurut komen juri, Triton bukan sahaja mempunyai rupa paras yang menggambarkan identiti Mitsubishi, malah turut menawarkan ruang kabin yang luas, panel instrumen yang berfungsi serta fungsi lain yang mesra pengguna, dan dalam masa yang sama menonjol kerana mutu kerja yang terbaik.

Baca: Mitsubishi Triton 2024

 

xforce


SUV kompak Xforce pula baharu sahaja diperkenalkan dalam tempoh dua bulan selepas Triton generasi baharu dilancarkan, direka untuk pasaran ASEAN.

Membawakan evolusi rekaan Dynamic Shield yang terkini, Xforce membawakan enjin 1.5 liter (103 hp, 141 Nm) yang dipadankan dengan empat mod pemanduan (Normal, Wet, Gravel, Mud).

Baca: Mitsubishi Xforce 2024

 

Delica


Mitsubishi Delica Mini pula merupakan sebuah wagon di dalam kategori keicar di Jepun, membawakan inspirasi rekaan daripada model minivan Delica D:5.

Di Jepun, Delica Mini dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris 660 cc dengan pilihan kuasa 52 hp/60 Nm, atau 64 hp/100 Nm.

Baca: Mitsubishi Delica Mini