Mitsubishi siar gambar acah model Ralliart baharu

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Tokyo Auto Salon 2022 yang bakal berlangsung pada 14 Januari tahun depan, Mitsubishi mengambil kesempatan mendedahkan gambar acah sebuah model konsep yang misteri.

Tanpa sebarang maklumat berhubung model apakah yang bakal diperkenalkan kelak, Mitsubishi mendakwa ia merupakan konsep Ralliart yang baharu yang membawakan kepakaran kejuruteraan dan pertukangan Mitsubishi yang bakal membawakan elemen premium yang tersendiri.

Gambar acah itu menampilkan rekaan diffuser belakang yang agak besar, diikuti dengan lampu LED ala-F1 di bahagian tengah, serta lencana Ralliart yang selama ini wujud dalam bentuk pelekat pada kereta-kereta Proton.

Ketiadaan tip ekzos pada gambar teaser ini berkemungkinan membawa maksud dua perkara; sama ada ia sebuah EV atau sebuah plug-in hybrid (PHEV) dengan tip ekzos yang tersembunyi.

Adakah ini membawa maksud kemunculan semula model Evolution?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bagaimana unit ini boleh mendarat di United Kingdom? Pemiliknya membeli secara terus daripada…
Berita Global
Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, fasiliti Pajero Manufacturing Co. Ltd yang…
Berita Global
Pada pameran sama, Mitsubishi turut memperkenalkan Xpander facelift yang sebelum itu dilancarkan…