Mitsubishi tidak jadi keluar dari Eropah, bakal guna fasiliti produksi Renault - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Satu laporan terbaharu daripada Financial Times memberikan bayangan Mitsubishi bakal kembali beroperasi di benua Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah terbaharu itu dilihat bertentangan dengan perancangan yang diumumkan sebelum ini di mana Mitsubishi bakal menghentikan penjualan kenderaan di Eropah bagi menumpukan perhatian di pasaran Asia Tenggara.

Pelan yang digelar sebagai "Small but Beautiful" itu merupakan sebahagian daripada langkah Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance untuk menyusun semula strategi perniagaan, di mana ketiga-tiga jenama itu bakal memfokuskan kepada pasaran terkuat mereka (Renault - Eropah; Nissan - US, China, & Jepun; Mitsubishi - Asia Tenggara).

Namun menurut laporan terbaharu daripada Financial Times yang memetik sumber yang rapat dengan isu tersebut, pihak pengurusan kini mempertimbangkan langkah pusingan U yang membolehkan Mitsubishi menggunakan salah sebuah kilang Renault yang kurang digunakan di Perancis, sekaligus mengekalkan kehadiran jenama tersebut di Eropah.

 


Harus diingatkan, Mitsubishi sebenarnya mempunyai rekod yang cukup baik di sana, disumbangkan oleh penjualan model Outlander PHEV yang merupakan model plug-in hybrid terlaris di Eropah, dan ia dijangka akan diteruskan menerusi pengenalan model generasi baharu Outlander yang menggunakan platform daripada Nissan Rogue.

Sementara itu, laporan daripada Autocar pula menyebut bos-bos besar di Mitsubishi tidak menggemari langkah untuk kembali ke Eropah, disebabkan mereka tidak begitu gemar politik Perancis yang mempengaruhi setiap strategi yang dirancang oleh Alliance.

"Kami tidak mahu memberikan komen berhubung soal ini, namun saya boleh beritahu perancangan Mitsubishi untuk bertukar kepada perniagaan selepas jualan sebelum akhir tahun ini tidak akan berubah," jelas wakil Mitsubishi.

Sumber: Financial Times, Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…