Mitsubishi Triton 2019 baharu dilancarkan!

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Bangkok pada hari ini, Mitsubishi telah melancarkan trak pikap Triton 2019 dengan rupa yang serba baharu menampakkan lagi kekacakan kuda kerja daripada Mitsubishi ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat pertama kalinya sejak pengenalan pertama pada tahun 2015, Mitsubishi Triton kini menerima pelbagai ciri keselamatan terkini seperti brek kecemasan autonomi (AEB), amaran titik buta dengan ciri bantuan penukaran laluan, amaran lintasan trafik belakang, Ultrasonic Misacceleration Mitigation System dan juga Multi Around Monitor

Seperti  yang disebutkan sebelum ini, Mitsubishi Triton menerima elemen rekaan Dynamic Shield yang dipinjam secara terus daripada SUV Pajero Sport, menampilkan bumper hadapan yang lebih gagah, gril melintang yang lebih tebal serta terdapat bukaan pada gril rendah.
 


Pada kedua-dua bahagian sisi pula, terletaknya lampu membelok dan lampu kabus yang sengaja diletakkan tinggi daripada tanah, supaya tidak mudah terjejas akibat hentakan batu mahupun percikan air. 

Manakala pada bahagian belakang pula menampilkan lampu belakang pula telah menerima rekaan baharu diikuti dengan bumper juga yang lebih ringkas. 
 


Bahagian dalaman kini telah diperbaharu dengan penambahan beberapa bahagian yang menggunakan bahan lembut (soft-touch) - sama seperti Pajero Sport - serta penggunaan warna dua tona menyerikan keadaan dalam kabin. 

Tiada sebarang perubahan dilakukan terhadap nadi kuasa oleh kerana Triton ini masih mengekalkan penggunaan enjin 2.5 liter turbodiesel yang menghasilkan 107 hp/200 Nm dan 134 hp/324 Nm manakala spesifikasi tertinggi menerima khidmat daripada enjin 2.4 liter turbo-diesel 4N15 yang mampu menjana 178 hp dan 430 Nm daya kilas. 

Kuasa tersebut kemudian disalurkan kepada sistem 4WD Mitsubishi menerusi transmisi manual enam kelajuan dan pilihan automatik enam kelajuan. 
 


Sistem 4WD tersebut didatangkan dengan ciri Easy Select (untuk model spesifikasi rendah) dan juga Super Select, manakala mod pemanduan pula boleh dipilih menerusi Gravel, Mud/Snow, Sand dan juga low-range Rock. 

 


Nantikan kemunculan Mitsubishi Triton yang telah diperbaharui ini mendarat di Malaysia tidak lama lagi pada acara KLIMS 2018 bermula 23 November ini sehingga 2 Disember. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…