Mitsubishi Triton Adventure X dengan warna baharu Sun Flare Orange Pearl!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia memperkenalkan warna baharu yang akan ditawarkan pada model trak pikap Triton.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna Sun Flare Orange Pearl ini merupakan warna khusus yang ditawarkan untuk varian Mitsubishi Triton Adventure X, dan melengkapi warna sedia ada iaitu Jet Black Mica dan White Diamond.

Selain daripada warna baharu, terdapat jalur perak baharu direka untuk menyerlahkan lagi penampilan trak pikap Triton Adventure X ini.

Sebagai sebuah model bertaraf mercu, Triton Adventure X menawarkan ciri keselamatan yang cukup lengkap seperti Mitigasi Pelanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta dengan Bantuan Penukaran Laluan, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Bantuan Suluhan Tinggi, Ultrasonic Misacceleration Mitigation System, dan tujuh beg udara SRS.

Triton dikuasakan oleh enjin diesel turbo MIVEC 2.4 liter yang menghasilkan 181 PS dan daya kilas 430 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan.

Harga jualan untuk Mitsubishi Triton Adventure X bermula dari RM137,900 dan lengkap dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 200,000 km yang mana terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…