Mitsubishi Triton Athlete rasmi dilancarkan - bermula dari RM141,500

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kira-kira dua tahun diperkenalkan di pasaran negara jiran, Mitsubishi Triton Athlete akhirnya rasmi mendarat di pasaran Malaysia, di mana Mitsubishi Motors Malaysia memposisikannya sebagai varian paling premium di dalam barisan Triton sedia ada.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berbanding Triton Adventure X yang masih lagi menampilkan Dynamic Shield kemasan krom, Triton Athlete membawakan penampilan Dynamic Shield berwarna hitam berkilat yang turut merangkumi bahagian gril dan juga skid plate.

 


Kemasan hitam itu diteruskan di bahagian sisi yang menampilkan grafik sporti ATHLETE, rim bersaiz 18 inci hitam berkilat, tempat pemijak sisi dan juga perumah cermin sisi.

Sementara ruang kabin pula didatangkan dengan kemasan kulit berjahit benang jingga pada roda stereng dan tombol gear, serta scuff plate beriluminasi LED.

 


Dari segi penawaran kuasa, Triton Athlete masih lagi mengekalkan nadi 2.4 liter diesel turbo MIVEC yang menghasilkan 181 PS dan 430 Nm daya kilas, dibantu dengan Super Select 4WD II untuk pengedaran kuasa yang lebih optimum.

Aspek keselamatan Triton Ahtlete disumbangkan oleh ciri seperti Mitigasi Pelanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW) dengan Bantuan Penukaran Laluan (LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Mitigasi Salah Pecutan Ultrasonik (UMS), bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB) dan tujuh beg udara SRS.

 


Selain daripada itu, Triton Athlete juga turut dilengkapkan dengan ciri pemantauan keliling (ARM), rakaman video pemanduan (DVR), sistem infotainmen tujuh inci yang lengkap dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Terdapat tiga warna yang ditawarkan iaitu Sun Flare Orange Pearl, White Diamond dan Jet Black Mica.

Harga jualan Triton Athlete bermula dari RM141,500, disertakan dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 200,000 km yang mana terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…