Mitsubishi Triton catat pertumbuhan positif 0.9 peratus untuk tahun kewangan 2019

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan pencapaian positif trak pikap Triton bagi tahun kewangan 2019 yang berakhir Mac 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Mitsubishi, walaupun secara keseluruhannya prestasi segmen trak pikap menurun sebanyak 21 peratus, trak pikap Triton merupakan satu-satunya jenama di dalam segmen trak pikap yang mencapai pertumbuhan positif 0.9 peratus, dengan jumlah jualan 5,762 unit dari tempoh April 2019 sehingga Mac 2020.

Untuk tempoh Januari sehingga Mac 2020, Mitsubishi Triton secara konsisten mengekalkan penguasaan pasaran sebanyak 22 peratus untuk tiga bulan berturut-turut.

Manakala penguasaan pasaran secara keseluruhan untuk tahun kewangan 2019 dicatatkan pada 17 peratus, satu pencapaian yang baik berbanding sasaran awal MMM sebanyak 16 peratus.

Selain daripada itu, Mitsubishi Triton juga turut meraih kedudukan pertama sebagai trak pikap pilihan di tiga buah negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

CEO MMM, Tomoyuki Shinnishi dalam satu kenyataan mengakui wabak COVID-19 yang melanda pada ketika ini memberikan tekanan yang besar terhadap sektor automotif.

"Namun, pihak kami sedang bekerja sebaik mungkin untuk memastikan khidmat jualan dan pusat servis berjalan lancar serta menjadikannya tempat yang selamat buat para pelanggan kami.

"Kami juga berasa amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh Mitsubishi Triton, dan yakin model trak pikap ini akan terus memacu momentum penjualan kami di Malaysia," ujar beliau lagi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…