Menurut laporan daripada media Jepun Spyder7, Triton baharu yang dijangka akan muncul pada tahun 2023 itu akan menampilkan tetapan trenkuasa yang hampir sama dengan penawaran Outlander PHEV.

Merujuk kepada spesifikasi Outlander PHEV, 'kembar' kepada Nissan X-Trail itu didatangkan dengan konfigurasi dua motor elektrik, satu untuk setiap gandar berkuasa 114 hp di depan dan 134 hp di belakang yang mampu menawarkan sistem pacuan semua roda.
Ia kemudian dipadankan dengan pek bateri 20.0 kWh yang mampu menawarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 84 km.

Unit enjin pula menggunakan nadi 2.4 liter aspirasi natural berkuasa 248 hp dan 450 Nm, di mana ia berupaya mencapai kadar penggunaan bahan api secara keseluruhan serendah 1.5 liter untuk setiap 100 km.
Menurut laporan itu lagi, trak pikap yang akan muncul pada tahun 2023 ini akan turut ditawarkan dengan trenkuasa diesel yang lebih tradisional bagi memenuhi keperluan negara yang masih lagi tidak mempunyai peraturan emisi yang ketat.
Sumber: Spyder7 melalui CarsGuide