Mitsubishi Triton laku keras - kuasai 22.8% pasaran Januari 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Triton nampaknya kekal mengungguli carta jualan di dalam segmennya apabila Mitsubishi Motors Malaysia mengumumkan rekod pegangan tertinggi 22.8 peratus dalam masa 10 tahun untuk bulan Januari 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sekaligus menjadikan Mitsubishi Triton sebagai satu-satunya trak pikap yang mencapai pertumbuhan positif serta menambahkan prestasi penjualan dengan kenaikan 1.6 peratus dari April 2019 sehingga Januari 2020. 

Sebagai makluman, tahun kewangan MMM bermula dari April 2019 sehingga Mac 2020. 

Dalam bulan yang sama, Mitsubishi Triton varian double cab juga meraih kedudukan nombor satu di dalam segmen trak pikap di empat buah negeri seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan juga Kedah. 
 


Merujuk kepada pencapaian tersebut, Tomoyuki Shinnishi selaku CEO MMM berkata, "kami berasa amat berbangga menutup tahun 2019 dan membuka tahun ini dengan pencapaian yang begitu memberangsangkan. 

"Mitsubishi Triton berjaya memenangi hati pengguna dengan trak pikap yang menawarkan DNA pengendalian yang cemerlang. 

"Dengan pencapaian nombor satu dalam penilaian Indeks Khidmat Pelanggan J.D Power 2019, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada para pelanggan kami," ujarnya lagi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…