Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition rasmi dilancarkan - 1000 unit, dari RM139,700

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan varian edisi terhad trak pikap Triton yang digelar sebagai Phantom Plus Edition.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jika anda masih ingat, tiga tahun yang lalu Mitsubishi ada memperlihatkan sebuah model konsep yang digelar sebagai Triton Absolute dengan penampilan yang lebih agresif, dan Triton Phantom Plus Edition senang cerita merupakan versi produksi kepada model konsep tersebut.
 

Phantom


Dihadkan sebanyak 1,000 unit sahaja dan penawaran warna tunggal Jet Black, Triton Phantom Plus Edition direka khas untuk pelanggan yang memiliki gaya hidup yang serba aktif di luar sana.

Dari segi luaran, Triton Phantom Plus Edition didatangkan dengan bar pencahayaan LED pada bahagian bumbung, serta elemen merah pada bahagian bampar depan dan belakang.
 

Phantom


Selain daripada itu, terdapat penambahan perlindungan pada bahagian pintu sisi, tailgate, spoiler belakang, bar sports dengan kemasan kusam, serta arka roda yang lebih ranggi melindungi rim aloi bersaiz 18 inci kemasan hitam berkilat.

Sementara tayar pula menggunakan Yokohama Geolander all-terrain, dan disudahi dengan pelekat badan Phantom Plus bagi melengkapkan lagi penampilan Triton ini.
 

Phantom


Ruang kabin Triton Phantom Plus Edition ini didatangkan dengan kerusi sporti balutan kulit leatherette, alas karpet dengan aksen merah, serta skrin infotainmen sembilan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto secara standard.

Dari segi kuasa, Triton Phantom Plus Edition masih lagi mengekalkan enjin 2.4 liter diesel turbo MIVEC yang mampu menjana kuasa 181 PS dan 430 Nm daya kilas, dipadankan dengan sistem Easy Select 4WD dengan mod off-road.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Kawalan Cengkaman (TC), Peringatan Rehat, Bantuan Mula Mendaki (HSA), Bantuan Menurun Cerun (HDC), Bantuan Kestabilan Trailer (TSA), serta sistem rakaman video pemanduan (DVR).
 

Phantom


Biarpun bersifat sebagai sebuah trak pikap, Triton masih lagi membenarkan jarak radius putaran impresif 5.9 meter bagi memudahkan pengendalian terutama di kawasan parkir atau lokasi yang sempit.

Harga jualan bermula dari RM139,700 atas jalan tidak termasuk insurans, dan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan 200,000 km yang mana tiba dahulu.

Untuk tahun kewangan 2021 (April 2021-Mac 2022), Mitsubishi Triton kekal unggul sebagai trak pikap kegemaran di Malaysia, dengan 9,420 unit telah terjual atau peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun terdahulu.
 

Phantom


Sebagai perbandingan, berikut merupakan senarai harga bagi setiap varian Triton yang ditawarkan di Malaysia:
Triton Quest - RM81,390
Triton MT - RM103,200
Triton AT - RM107,990
Triton MT Premium - RM 116,200
Triton AT Premium - RM126,900
Triton Athlete - RM146,600
Triton Phantom Plus Edition - RM139,700

 

 

MITSUBISHI TRITON ABSOLUTE CONCEPT

 

GAMBAR RASMI MITSUBISHI TRITON PHANTOM PLUS EDITION 2022

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…