Mitsubishi Xpander dapat dua versi Black Edition di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Di Indonesia, PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia baru-baru ini membawakan kemaskini terhadap penawaran Xpander dengan memperkenalkan dua edisi khas Xpander untuk pasaran tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dua edisi khas tersebut adalah Mitsubishi Xpander Cross Rockford Fosgate Black Edition (ya tuhan panjangnya nama!) dan Mitsubishi Xpander Black Edition.

 


Jika dibandingkan dengan Xpander Cross standard, Xpander Cross Rockford Fosgate Black Edition didatangkan dengan kemasan luaran warna hitam pada beberapa komponen seperti front lower bumper, rear lower bumper, rim aloi, cermin sisi, rel bumbung dan emblem Rockford Fosgate Black Edition.

Sementara bahagian dalaman pula menampilkan sistem audio premium Rockford Fosgate terdiri daripada subwoofer dan amplifier, kemasan warna hitam, dan trim aksen panel pintu dengan rekaan geometrik.

Harga jualan untuk Xpander Cross Rockford Fosgate Black Edition bermula dari Rp 304.700.000 (RM86,469.49).

 


Sebuah lagi model edisi khas adalah Xpander Black Edition, juga didatangkan dengan penampilan aksen hitam pada bahagian luaran seperti rim aloi dan cermin sisi.

Ia diserikan dengan kit badan yang digandingkan dengan aksen merah dan emblem khas Black Edition.

Sementara ruang dalaman pula menampilkan seat cover dan alas lantai dengan aksen merah dan sistem audio skrin sentuh tujuh inci.

 

 


Harga jualan Xpander Black Edition bermula dari Rp 257,100,000 (RM72,961) untuk versi manual manakala versi automatik bermula dari Rp 267,500,000 (RM75,913).

Para pembeli di Indonesia turut mendapat pakej menarik dengan setiap pembelian Xpander edisi khas ini seperti filem tingkap V-kool untuk Xpander Cross Rockford Fosgate Black Edition, dan filem Konica Minolta untuk Xpander Black Edition.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk menghadiri dan merasai sendiri keupayaan dan pengendalian…
Berita Domestik
MMM telah menjual 24,315 unit kenderaan dengan bahagian pasaran sebanyak 3.2 peratus yang…
Berita Domestik
Namun, sebuah model yang langsung tidak tersenarai, iaitu Hyundai Stargazer nampaknya telah pun…