Mitsubishi Xpander facelift 2024 rasmi - 2 varian, dari RM99,980

oleh Danial Yasin Suhaimi|
MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) hari ini telah melancarkan model MPV terlarisnya yang dinanti-nantikan iaitu Mitsubishi Xpander 2024 dengan pelbagai kemaskini baharu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dalam pelancaran hari ini, MMM mengumumkan penawaran 2 varian yang bermula dengan harga RM99,980 untuk Xpander dan RM109,980.

Harga pengenalan itu hanya sah untuk pembelian sebelum 31 Disember 2024 sahaja.

 

2

 

500 pembeli pertama tempahan terawal melalui Mitsubishi Online Showroom juga akan menerima Naturehike Camping Wagon  yang bernilai RM400.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, "Dengan pengalaman pemanduan seperti SUV, crossover 7 tempat duduk XPANDER yang baru dikemas kini direka dengan teliti untuk memastikan kepuasan pelanggan yang luar biasa."

 

3

 

"Daripada reka bentuk anggun kepada keupayaan serba bolehnya, XPANDER direka untuk memenuhi pelbagai keperluan keluarga moden dan individu yang mencabar."

Ikeda menambah, "Sejak pengumuman untuk Tempahan pada 12 September 2024, Mitsubishi XPANDER telah mendapat sambutan yang positif."

Baca: Mitsubishi Xpander facelift 2024 - tampil moden dan lebih menarik

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi pengayaan, XPANDER membawa reka bentuk sedia ada ke peringkat seterusnya, memberikan rupa…
Berita Global
Berbanding dengan model facelift (yang diperoleh pasaran Malaysia), perubahan pada Xpander kali ini…