Mitsubishi Xpander juara segmen MPV bukan nasional di Malaysia FY2021

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia mengakhiri tahun kewangan 2021 (April 2021-Mac 2022) dengan jumlah jualan sebanyak 19,217 unit, atau peningkatan sebanyak 66 peratus.

Daripada jumlah tersebut, Mitsubishi XPANDER kekal mendominasi segmen MPV bukan nasional di Malaysia, dengan 9,065 unit atau 47.2 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan MMM.
 

Triton


Sementara itu, trak pikap Mitsubishi Triton turut mengekalkan penguasaan di dalam pasaran dengan jumlah 21.4 peratus dan menjadi salah satu daripada model trak pikap kegemaran biarpun menerima saingan daripada jenama lain.

Untuk tahun kewangan 2021, sebanyak 9,420 unit Triton telah jual, dengan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Autofun, langkah itu dibuat sebagai satu bukti komitmen Mitsubishi untuk…
Berita Global
Kini, Hyundai cuba untuk menyelit dengan memperlihatkan gambar acah sebuah MPV serba baharu yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada rakan media Paultan, imej Xpander facelift itu didapati menerusi laporan…