Mitsubishi Xpander laku keras - kuasai 37 peratus pasaran LMPV Indonesia!

oleh Mohamad Hanif|
Sama seperti kita di Malaysia, Indonesia juga turut menghadapi tempoh getir yang tersendiri dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, di mana industri automotif terutama pengedar kenderaan tidak dibenarkan beroperasi bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, ia tidak pernah menghalang Mitsubishi Indonesia daripada terus mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan sebanyak 9,122 unit untuk bulan Julai!

Daripada jumlah tersebut, segmen kenderaan penumpang mencatatkan penguasaan terbesar dengan 6,080 unit terjual, diikuti pasaran kenderaan komersial sebanyak 3,040 unit.

Angka tersebut menjadikan penguasaan pasaran Mitsubishi sebanyak 15.4 peratus, peningkatan sebanyak 4.8 peratus berbanding bulan terdahulu.

Model yang paling laris terjual oleh Mitsubishi Indonesia sudah pasti MPV Xpander dengan angka jualan sebanyak 4,569 unit (gabungan Xpander dan Cross), dengan penguasaan pasaran LMPV sebanyak 37 peratus.
 

Delica


Sementara dalam segmen kenderaan komersial ringan, trak pikap Mitsubishi Colt L300 (Delica generasi kedua) telah terjual sebanyak 2,066 unit, dengan pegangan pasaran sebanyak 66 peratus.

Menurut Ketua Pengarah PT MMKSI, Naoya Nakamura menjelaskan, "model Xpander (termasuk Xpander Cross) terus memperkuatkan kedudukannya sebagai model yang paling digemari oleh pengguna Indonesia.

"Penerimaan pasaran terhadap Xpander masih lagi kekal baik untuk model ini, diperlihatkan menerusi peningkatan jualan serta pegangan pasaran di dalam segmennya. Xpander juga turut meraih pelbagai anugerah daripada industri, memperkukuhkan lagi kedudukan Xpander sebagai kenderaan dengan ciri terbaik, kekal relevan dan dapat mengikuti perkembangan semasa," ujarnya lagi.

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, Hyundai cuba untuk menyelit dengan memperlihatkan gambar acah sebuah MPV serba baharu yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autonetmagz, model facelift Xpander itu dilihat sedang menjalani proses…
Berita Global
Menurut laporan daripada rakan media negara jiran Autonetmagz, gambar teaser itu dimuatnaik oleh…