Mitsubishi XPANDER mula dipasang di Pekan, sasar 6,000 unit per tahun

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia hari ini mengumumkan crossover baharu Xpander rasmi keluar dari barisan produksi di Pekan, Pahang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mitsubishi XPANDER dipasang di HICOM Automotive Manufacturers Sdn Bhd, dengan sasaran produksi sebanyak 6,000 unit per tahun. 

Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai lokasi ketiga pemasangan XPANDER selepas Indonesia dan Vietnam. 

Kilang tersebut turut mempunyai fasiliti baharu seperti Kilang Badan, Painting Jigs dan Tester Line, di mana XPANDER menjalani sesi Pre-Treatment dan Electro Deposition di dalam fasiliti pengecatan paling maju di ASEAN. 

 


Dalam proses ini, sebuah lapisan primer diaplikasikan menggunakan tenaga robot dan dikeringkan sebelum dicat semula dengan beberapa lapisan terakhir. 

MMM turut menempatkan juruaudit yang bertauliah di fasiliti tersebut bagi memastikan kualiti pemasangan memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh Mitsubishi Motors. 

Semenjak diperkenalkan di Indonesia, XPANDER (termasuklah XPANDER CROSS) menerima sambutan yang cukup baik disebabkan pakej yang futuristik, selesa dan prestasi pemanduan. 
 


Sehingga September 2020, XPANDER telah berjaya dijual sebanyak 270,000 unit. 

Untuk pasaran Malaysia, Mitsubishi XPANDER akan dilancarkan pada November 2020. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk menghadiri dan merasai sendiri keupayaan dan pengendalian…
Berita Domestik
MMM telah menjual 24,315 unit kenderaan dengan bahagian pasaran sebanyak 3.2 peratus yang…
Berita Domestik
Namun, sebuah model yang langsung tidak tersenarai, iaitu Hyundai Stargazer nampaknya telah pun…