Mitsubishi Xpander, Xpander Cross HEV e:Motion 2024 - nadi 1.6L hibrid, 7 mod pemanduan!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Thailand baharu sahaja selesai melancarkan MPV hibrid tiga baris tempat duduk, iaitu Xpander HEV e:Motion dan Xpander Cross HEV e:Motion 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rupa paras luaran MPV hibrid ini masih lagi kekal dengan versi facelift yang telah dilancarkan kira-kira dua tahun lepas, namun boleh dibezakan dengan kehadiran jalur hiasan berwarna biru pada sesetengah tempat, diikuti dengan simbol HEV.
 

X


Pembaharuan yang paling besar dibuat ialah menggantikan enjin 1.5 liter MIVEC yang asal kepada nadi petrol hibrid, terdiri daripada 1.6 liter MIVEC berkuasa 95 hp dan 134 Nm, diikuti motor elektrik 116 hp dan 255 Nm dipadankan dengan transmisi e-CVT.

Pek bateri berkapasiti 1.1 kWh itu diposisikan pada bahagian lantai kereta, dan mampu menawarkan mod pemanduan elektrik tulen pada jarak yang singkat.
 

ev


Menurut Mitsubishi, kadar penggunaan bahan api bagi Xpander HEV ini adalah sekitar 19.2 km/l atau 5.21 liter untuk setiap 100 km perjalanan.

Terdapat tujuh mod pemanduan disediakan iaitu Charge, EV, Normal, Wet, Gravel, Tarmac dan Mud.

 

Xpander


Untuk menampung penambahan berat akibat sistem trenkuasa baharu itu tadi, Xpander dan Xpander Cross telah diberikan talaan suspensi baharu, diikuti dengan penambahan brek cakera di bahagian belakang.

Dari segi dimensi, Xpander HEV ini membawakan ukuran sepanjang 4,595 mm, lebar 1,750 mm, tinggi 1,750 mm, dengan jarak antara roda sepanjang 2,775 mm.

Jarak kelegaan tanah adalah setinggi 195 mm, atau 205 mm untuk Xpander Cross.
 

EV


Untuk ruang kabin, perubahan yang dibuat termasuklah skrin kluster digital penuh TFT bersaiz lapan inci, sistem pendingin hawa dengan skrin digital, serta rekaan roda stereng dan tuil penukaran gear baharu.

Skrin tengah bersaiz sembilan inci itu turut menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, Bluetooth, serta dipadankan dengan sistem audio enam pembesar suara. Terdapat juga slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar disediakan.
 

ev


Ciri keselamatan yang dimuatkan pada kedua-dua model termasuklah ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan (ASC), sistem anti-gelincir (TCL), bantuan mula mendaki (HSA), Active Yaw Control (AYC), tidak ketinggalan dua beg udara dan dua cagak ISOFIX.

Di Thailand, harga jualan Xpander HEV bermula dari 912,000 baht (RM121,467) manakala Xpander Cross HEV pula berharga 946,000 baht (RM125,996).

Berita Berkenaan

Berita Global
Antaranya termasuklah keicar Delica Mini, diikuti oleh Triton, ASX, Colt, Xpander HEV dan sebuah…