Mitsuoka Himiko 2024 debut - guna asas Mazda MX-5, rekaan badan panjang yang klasik

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat pembina koc yang sangat terkenal dari Jepun telah muncul dengan sebuah model kustom baharu yang dibina berdasarkan Mazda MX-5 (generasi ND).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dinamakan sebagai Mitsuoka Himiko, model terbaharu ala roadster Britain klasik ini membawakan pakej penggayaan yang menggandingkan elemen rekaan yang diinspirasikan daripada Morgan Aero 8 dan Jaguar XK120.
 

himiko


Kesan daripada gandingan tersebut, dimensi asal MX-5 kini bertambah panjang 665 mm dan lebar 10 mm, menjadikan ukuran sekarang Himiko menjadi 4,580 mm, lebar 1,740 mm, dan tinggi 1,235 mm.

Kemasan dan emblem logam pada kereta 'klasik-moden' ini menggunakan teknik hiasan purba yang digelar sebagai 'Cloisonné'.
 

himiko


Antara ciri lain termasuklah upholsteri balutan kulit, ciri pemanas tempat duduk, sistem navigasi, kawalan jelajah, sistem pengecaman papan tanda trafik, dan pemain CD/DVD.

Cuma sayang sekali, Mitsuoka Himiko hanya dibekalkan dengan enjin Skyactiv-G 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan.
 

himiko


Mitsuoka akan menghasilkan 10 unit Himiko, di mana setiap satu dijual pada harga bermula dari  ¥6,787,000 (RM220,836).

Terdapat tujuh warna yang ditawarkan termasuklah French Mint Pearl Metallic, Solid Grey, Sunshine Orange, Chiffon Ivory Metallic, Jet Black Mica, serta dua warna baharu iaitu Passion Red Metallic (RM3,596) atau Snowflake White Pearl Mica (RM1,798).