MKM Global promosi kit ujian IMMUSAFE™ kepada ahli koperasi Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan MKM Global Holdings Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk berkolaborasi dalam pengkomersialan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan high throughput diagnostics bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit di antara ahli Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Upacara ini juga menyaksikan pelantikan MKM Global Holdings (anak syarikat milik penuh Institut Koperasi Malaysia) oleh RZAC ImmuneSAFE Sdn. Bhd. sebagai sub-pengedar eksklusif (exclusive sub-distributor) melalui perjanjian jualan semula (reseller agreement) yang ditandatangani antara kedua-dua pihak.

Di bawah perjanjian jualan semula tersebut, kit ujian ImmuSAFE™ akan dipromosikan kepada 6,000,000 ahli Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), dan menjadi satu lagi detik penting dalam pengkomersialan kit ujian ImmuSAFE™ sejak ia dilancarkan pada September 2020.

Sejumlah 14,668 koperasi kini berdaftar di Malaysia, dengan perolehan RM45.7 bilion pada tahun 2019, yang dianggarkan jatuh kepada RM35 bilion pada tahun 2020 akibat penularan wabak COVID-19.

ImmuSAFE™ adalah ujian serologi berasaskan makmal, multi-antigen, multi-virus, kualitatif dan kuantitatif sepenuhnya dengan kemampuan untuk mengesan prevalens antibodi (prevalence of antibodies) berkaitan 9 domain virus SARS-CoV-2 yang berbeza.

Hasil ujian ini menawarkan maklumat mengenai faktor risiko keberjangkitan dan juga kehadiran antibodi pelindung terhadap COVID-19 pada individu bergejala dan tidak bergejala. Ini bermakna maklumat individu mengenai jangkitan sebelumnya serta imuniti COVID-19 dapat diketahui daripada keputusan ujian ImmuSAFE™.

Pemanfaat utama maklumat ini adalah pemain industri dan perniagaan, yang kini dapat mengurus impak risiko kesihatan pekerja terhadap operasi harian dengan lebih baik.

Di bawah Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKom), sektor ini menyasarkan untuk menyumbang sebanyak 5 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

"Kerjasama ini merupakan suatu langkah besar dalam mengaplikasi teknologi tempatan bagi membolehkan perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19 bagi melindungi kehidupan dan mata pencarian dengan lebih baik.", kata Dato' Madani.
 


"Penggunaan teknologi perubatan ini memberikan pilihan baru bagi sektor koperasi untuk mencapai objektif perniagaan mereka, walaupun berdepan cabaran menangani wabak ini", tambahnya lagi.

"Kami yakin bahawa kolaborasi ini seiring dengan TransKoM yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri. Salah satu terasnya adalah untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang mampan, serta memperkasakan badan tadbir urus koperasi dan sistem penyampaian”, kata Datuk Iskandar.

Datuk Iskandar menambah, kerjasama ini dibuat pada masa yang bersesuaian dengan situasi semasa, sekaligus memberi manfaat kepada syarikat dan masyarakat.

MoU antara MARii dan MKM Global Holdings dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Dato' Madani Sahari dan Datuk Iskandar Abd Malik, Pengarah Eksekutif MKM Global Holdings.

Perjanjian jualan semula pula ditandatangani antara Dato' Sri Rayyan Joseph King, Pengarah RZAC ImmuneSAFE dan Datuk Iskandar.

Turut hadir sebagai saksi ialah Datuk Phang Ah Tong (Pengerusi MARii), Dr. Faizal Anwar (Penasihat MARii dalam Pengurusan Data Perubatan dan Kesihatan), Dato' Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan (Pengerusi MKM Global Holdings) dan Datuk Wan Khalik Wan Muhammad (Pengarah RZAC ImmuneSAFE).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…