MKPB tangkap ternakan dibiar berkeliaran, lelong jika gagal dituntut

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Sebanyak 34 haiwan rayau ditangkap Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dalam tempoh lebih sebulan bermula 22 November lalu menurut laporan dari Berita Harian.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Anis Hussein, berkata operasi tangkapan haiwan rayau itu dibuat susulan aduan orang ramai awam banyak haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran merayau sehingga mengganggu ketenteraman awam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Dalam tempoh sebulan diadakan operasi, sebanyak 23 kambing biri-biri, 10 lembu dan seekor kuda yang dikesan merayau tanpa pengawasan pemilik ditangkap sekitar daerah ini.

"Kita mengenakan denda kompaun sebanyak RM1,000 untuk seekor lembu, manakala RM500 pula bagi kambing/biri-biri untuk pemilik yang ingin mengambil haiwan ternakan itu semula," katanya di Kota Bharu pada Khamis.

Anis berkata, jumlah kompaun itu juga termasuk dengan kos penyimpanan iaitu antara RM100 hingga RM300 sehari.

Beliau berkata, tidak ramai pemilik tampil menuntut ternakan mereka dan sebagai penyelesaian, pihaknya akan mengambil tindakan melupus termasuk lelong.

 

"Jika tiada sebarang tuntutan dibuat dalam tempoh tujuh hari dari tangkapan dibuat, kami boleh lupuskan haiwan mengikut undang-undang kecil haiwan rayau MPKB-BRI.

"Kita akan buka lelong kepada orang ramai dan hebahan akan dibuat dalam laman sosial rasmi MPKB-BRI. Kita pernah melelong lapan kuda pada harga RM15,000 sahaja pada Ogos lalu," katanya.

Beliau berkata, operasi itu akan dilaksanakan secara berterusan.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Terbaharu kita menerima aduan haiwan itu menimbulkan kacau ganggu di tempat awam terutama…