"Tidak semestinya ia kenderaan penumpang. Ia boleh jadi sebuah kenderaan komersil, atau kenderaan khusus untuk perladangan. Semuanya terpulang kepada vendor-vendor OEM di Asean yang akan berkolaborasi sesama mereka," ujar Gusti.
Gusti menegaskan bahawa yang lebih patut diberi perhatian ialah meningkatkan taraf kebolehan vendor-vendor automotif di Asean agar jumlah komponen buatan Asean di dalam sebuah kenderaan ditingkatkan.
Rancangan untuk menghasilkan kenderaan Asean yang dimulakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed diterima baik oleh Indonesia, cuma konsep yang berlegar di minda ramai ialah kenderaan Asean mesti sebuah kereta penumpang.
Kenyataan Gusti ini memang sesuatu yang munasabah kerana penghasilan kenderaan Asean dari kategori kereta penumpang mungkin akan membuatkan pelabur-pelabur asing dari industri automotif yang sudah lama bertapak di negara masing-masing merasa tidak selesa.
Penghasilan kenderaan komersil atau kenderaan khusus ini tidak akan menggangu mana-mana pihak dan boleh menjadi platform yang baik.
Lamborghini sendiri asalnya dari pembuat traktor bukan?