Mobilize EZ-1 Prototype - solusi Renault untuk perkongsian kenderaan, penghantaran barang

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model Renault 5 Prototype, pengeluar automotif dari Perancis itu turut sama memperkenalkan sebuah konsep baharu yang dikhususkan untuk mobiliti urban bersama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Produk tersebut dinamakan sebagai EZ-1 Prototype sekaligus merangkap model pertama di bawah jenama baharu Renault Group, Mobilize.

 


Mobilize bakal menawarkan pelbagai jenis kenderaan yang direka khusus untuk perkhidmatan mobiliti seperti contoh pengecasan EV, kewangan dan langganan, serta pembangunan perkara yang berkaitan seperti perisian pemprosesan data, penyelenggaraan, serta perkhidmatan kitar semula untuk fleet perkongsian kenderaan.

Difahamkan, terdapat empat model baharu yang bakal diperkenalkan oleh Mobilize bagi merangkumi perkhidmatan perkongsian kenderaan dan penghantaran batuan terakhir.

 


Berbalik semula kepada EZ-1 Prototype, ia merupakan sebuah EV mini dua tempat duduk dengan dimensi 2.3 meter dan menampilkan pintu kaca (masih ingat Renault Twizy?) yang besar untuk pengguna menikmati pemandangan urban yang sempurna.

Mobilize EZ-1 dikatakan diperbuat daripada 50 peratus bahan kitar semula dan ia dapat dikitar semula 95 peratus apabila sampai akhir hayat apabila dihantar ke fasiliti Renault Re-Factory di Flins.

 


Tambahan pula, Mobilize EZ-1 mempunyai ciri inovatif iaitu sistem penukaran pek bateri sebagai alternatif kepada infrastruktur pengecasan tradisional supaya ia mampu terus digunakan tanpa henti tanpa perlu menunggu untuk dicas.

Menerusi aplikasi peranti pintar pula, pengguna boleh menambatkannya kepada peranti pintar serta menjalankan beberapa fungsi seperti mengunci, nyahkunci, dan pelbagai fungsi lain yang menarik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…
Berita Global
Renault Arkana 2021   Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil …
Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…