Model EV global Wuling dipamer untuk pertama kali di dunia di Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
SAIC-GM-Wuling, usahasama antara General Motors, SAIZ Motor dan Guangxi Automobile Group telah melancarkan model EV global pertama mereka di pameran IIMS Surabaya semalam.

Sebelum itu, acara pra pelancaran telah dilakukan di Jakarta pada Rabu lepas.

Model Wuling Air EV ini adalah kenderaan elektrik super kompak yang sesuai untuk bandaraya padat seperti Jakarta. Model standard mempunyai ukuran 2,599 mm panjang, 1,505 mm lebar dan 1,631 tinggi. Jarak roda pula ialah 1,635 mm. 

Ia juga mempunyai varian yang lebih panjang dengan jarak roda 2,010 mm dan badan sepanjang 2,974 mm.

 


 

 

Sebagai perbandingan, Perodua Kancil mempunyai jarak roda 2,280 mm sementara dimensi badannya pula ialah 3,395 mm panjang, 1,405 mm lebar dan 1,415 mm tinggi.

Wuling Air EV ini mempunyai jaluran lampu LED di sepanjang bahagian hadapan dan belakangnya. 

Rekabentuk futuristik ini disokong dengan dua pilihan motor elektrik 30kW atau 50kW dengan jarak gerak 200km atau 300km.

Nampaknya China benar-benar mahu menguasai pasaran EV Indonesia!

* Gambar utama dari Otoblitz.net

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pemimpin-pemimpin Republik Indonesia dibawa melawat kilang pemasangan Wuling di sana dan diberi…
Berita Global
Menurut laporan daripada AutoIndustriya, terdapat beberapa unit Wuling Hongguang Mini EV yang…
Berita Global
MPV tiga baris tempat duduk dengan muatan sehingga enam orang pada satu-satu masa itu merupakan…