Model klasik Renault 4 dijelmakan kembali sebagai kereta terbang Air4

oleh Mohamad Hanif|
Impian untuk mempunyai kereta terbang sendiri sebenarnya sudah pun wujud lama sejak penulis berada di bangku sekolah lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada ketika itu, wujud satu komik dalam majalah Rileks yang turut menampilkan sebuah teksi Proton Iswara 'terbang' namun sayang sekali ia tidak diteruskan akibat kegawatan ekonomi yang melanda pada masa itu.

Kini, idea kereta terbang bukanlah satu perkara yang asing, memandangkan beberapa pengeluar telah pun hadir dengan perkara yang sama.
 

Renault air4


Renault baru-baru ini mempamerkan sebuah 'kereta terbang' (lebih tepat lagi quadkopter) yang dinamakan sebagai Air4 yang merujuk kepada model Renault 4L - model Renault yang paling berjaya dengan produksi lapan juta unit bermula 1961-1992.

Ia dihasilkan sebagai meraikan ulang tahun yang ke-60 menerusi kerjasama dengan firma rekaan TheArsenale untuk mencipta masa depan model 4L.

"Air4 merupakan simbol kebebasan dan kemerdekaan, lahir dari kesedaran di mana keadaan trafik semakin meruncing, kehidupan terhenti dan dunia di atas kita tidak terjejas," jelas Renault.
 

Renault air4


Mengambil inspirasi daripada model asal Renault 4L, Air4 kini menampilkan badan yang diperbuat daripada gentian karbon sepenuhnya, namun dengan garis badan yang lebih lembut dan melengkung berbanding model 4L yang lebih bersegi.

Untuk terbang, empat unit rotor mendapatkan tenaga daripada pek bateri berkapasiti 90,000 mAh yang membolehkan ia beroperasi pada kelajuan 93.6 km/j pada ketinggian 700 meter.

Sekadar makluman, Air4 merupakan sekadar model pameran dan Renault tidak pernah memiliki niat untuk menghasilkan sebuah Renault 4 yang boleh terbang buat masa ini.

Mungkin pada masa akan datang?

 

Anda masih ingat komik ini?