Model legenda MOKE guna bateri, tiada enjin petrol bermula tahun 2022

oleh Muhammad Md Tajudin|
MOKE Electric Yellow
MOKE Electric Yellow
Bermula 1 Januari 2022, tiada lagi enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk model legenda MOKE. Dengan itu pemandu dan penumpang boleh menikmati pemanduan senyap dari nadi elektrik dengan angin meniup rambut.

Bukan setakat senyap dan ditiup angin, pemandu juga boleh menikmati peningkatan kuasa hasil dari lonjakan motor elektrik.

MOKE bukan jenama baharu, model ini adalah hasil rekaan Sir Alec Issignois yang juga pereka Mini dan mempunyai kisah menarik di sebaliknya.

Beliau telah diminta untuk menghasilkan sebuah kenderaan yang mampu dijatuhkan menggunakan payung terjun menggunakan kapal terbang di belakang tentera lawan.

Lebih menarik apabila MOKE menjadi objek popular pada era-60an dan masih kekal bergaya sehingga ke hari ini.
MOKE Electric

 

Jenama popular ini dihidupkan kembali oleh MOKE International pada tahun 2017 dan perkembangan terbaru ini menyambung lagi legasi sejak sekian lama.

Apa yang hebat tentang MOKE elektrik?

Pertama sekali kemampuan memecut dari 0 hingga 55 km/j memerlukan 4.5 saat dan kelajuan maksimum ialah 100 km/j.

Kuasa pula 33Kw atau bersamaan 44 hp dan berat MOKE ini hanya 800 kg.

Jarak pemanduan ialah 144 km manakala tempoh pengecasan memerlukan empat jam (Type 2 EU).

Dari segi dimensi, MOKE elektrik berukuran 3225mm panjang, lebar 1660mm dan tinggi 1546mm dengan jarak kelegaan bumi 18 cm.

 

MOKE Electric

 

Sebagai perbandingan, MOKE keluaran tahun 2020 menggunakan enjin 1083cc empat silinder dengan pilihan transmisi manual atau empat kelajuan automatik.

Kelajuan maksimum ialah 109 km/j dengan enjin berkuasa 67 hp pada 6,000 rpm dan tork 93 Nm dari 3,500 rpm hingga 6,000 rpm.

Buatan United Kingdom!

Satu lagi aspek penting ialah MOKE dibuat di United Kingdom dan baru kena sebagai jenama sejati British.

Memandangkan MOKE dibuat di UK jadinya syarikat layak untuk menerima bantuan dari kerajaan di bawah geran Niche Vehicle Network.

MOKE elektrik ini direka dari asas dan menggunakan panel aluminium yang mengurangkan berat kereta secara signifikan seterusnya membantu dalam pengendalian yang lincah.

MOKE Electric

Pemandu juga boleh merasai daya kilas serta merta dari motor elektrik dan turut dilengkapi stereng berkuasa, brek regeneratif dan cermin depan dengan pemanasan.

MOKE elektrik menggunakan sistem brek yang dipertingkatkan untuk keselamatan pemandu dan orang sekeliling.

MOKE elektrik sudah boleh dipesan sekarang di UK dengan harga permulaan £29,150 (RM166,597) dan penghantaran bermula pada musim panas 2022 (bulan Jun ke atas).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

MOKE Beach

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini pula berita terbaru, MOKE International Limited mengumumkan kembalinya model ikonik dan…