Model misteri Nissan Z dikesan - adakah ini Z versi Nismo?

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan bekalan komponen automotif memaksa Nissan menutup sementara tempahan bagi model-model seperti Nissan Z dan Nissan Ariya di pasaran Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, itu semua tidak menghalang Nissan daripada terus menguji dan menilai sebuah lagi varian yang bakal dilancarkan kelak, berkemungkinan besar Nissan Z versi Nismo.

Berdasarkan imej yang diperoleh daripada forum New Nissan Z, unit ujian tersebut dipasangkan dengan pelekat samaran pada bahagian bampar depan yang menunjukkan rekaan yang sedikit berbeza berbanding model yang sedang dijual pada ketika ini.
 

Z Customized Proto


Ia mungkin sekali merupakan bampar versi produksi untuk konsep yang ditampilkan pada model Z Customized Proto yang membawakan rekaan gril terpisah.

Selain daripada itu, ada di antara ahli forum yang mendakwa model ini turut dipasangkan dengan tempat duduk jenis bucket Recaro - model yang sama dipasangkan pada model 370Z Nismo.

Sama-sama kita nantikan kemunculan model Z Nismo yang mungkin akan hadir dengan talaan yang lebih berkuasa berbanding trenkuasa sedia ada (400 hp, 475 Nm).

Sumber: Forum New Nissan Z

Berita Berkenaan

Berita Global
Sama seperti mana-mana model talaan NISMO, Nissan Z NISMO 2024 turut membawakan naiktaraf dari segi…
Berita Global
Video berdurasi tiga saat itu memaparkan sebuah Nissan Z misteri memotong Honda S2000 dengan…
Berita Global
Dalam laporan terdahulu oleh BestCarWeb, Nissan juga dikatakan turut merancang untuk membawakan…