Model prototaip Hummer EV dikesan tunjuk kebolehan 'jalan ketam'

oleh Mohamad Hanif|
Ketika pertama kali diperkenalkan pada tahun lalu, GMC Hummer EV memperlihatkan satu keupayaan yang jarang-jarang ditemui pada kereta moden, iaitu pemanduan 'crabwalk' atau keupayaan pemanduan seperti seekor ketam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri ini dibantu dengan sistem stereng empat roda yang membolehkan roda hadapan dan roda belakang diposisikan pada satu sudut yang sama bagi membenarkan pengendalian yang lebih baik terutama ketika memasuki jalan off-road yang sukar.

 


Baru-baru ini, saluran Youtube The Fast Lane Truck telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan aksi sebenar empat unit Hummer EV yang dikesan di Utah melakukan pemanduan crabwalk atas jalan raya umum.

Keempat-empat unit prototaip Hummer EV itu disyaki baharu sahaja selesai menjalankan ujian pemanduan off-road berdasarkan kesan lumpur yang terdapat pada bahagian sisi kenderaan.

 


Hummer EV merupakan sebuah SUV off-road dengan trenkuasa tiga motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,000 hp dan daya kilas 15,592 Nm, dan dengan program Watts to Freedom, ia mampu memecut 0-100 km/j dalam masa tiga saat sahaja.

Ketiga-tiga motor elektrik itu menerima kuasa daripada pek bateri Ultium yang membenarkan jarak operasi sejauh 563 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
EMCV ini secara asasnya merupakan sebuah GMC Hummer EV yang telah dibogelkan, dengan beberapa…
Berita Global
Namun, salah satu model ikonik mereka yang dijelmakan semula pada tahun 2020, pikap GMC Hummer EV…
Berita Global
Pada awal bulan November, seorang YouTuber yang dikenali dengan nama Mondi telah mengambil kunci…