Model prototaip ID Neo terima pujian media

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Volkswagen ID Neo (nama yang mungkin digunakan untuk hatchback keluarga ID) dijangka akan dilancarkan kepada umum menjelang tahun 2020, Volkswagen sudah pun memulakan fasa pengujian bagi memastikan ia benar-benar bersedia untuk melawan Tesla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, Volkswagen telah menjemput media ternama bagi menguji model prototaip ID Neo bertempat di Cape Town, Afrika Selatan. 

Menurut rakaman video daripada sebuah saluran di YouTube, Fully Charged, mereka menyifatkan prototaip tersebut "antara yang terbaik" pernah dihasilkan di dalam pasaran. 

 


ID Neo bakal ditawarkan dalam beberapa varian, di mana model asas akan menerima pek bateri yang mampu memberikan jarak operasi sejauh 331 km dan harga jualan pula adalah sama dengan Golf versi diesel. 

Manakala model premium pula bakal menawarkan jarak sejauh 550 km untuk sekali pengecasan mengikut standard piawaian WLTP, selain menyokong pengecasan pantas 125 kW yang membolehkan bateri mencapai kapasiti 80% dalam masa setengah jam sahaja

Dengan kehadiran ID Neo ke dalam pasaran (dan taktik pemasaran yang strategik), ia bakal memberikan saingan sengit dan menggugat pasaran Tesla Model 3, BMW i3 dan juga varian jarak jauh Nissan Leaf yang bakal tiba tidak lama lagi.  

Volkswagen hanya akan membuka tempahan bagi ID Neo bermula daripada musim bunga tahun hadapan.