Model Skala Honda RA272 F1 Lebih Mahal Daripada Sebuah Civic

oleh Qalif Latif|
Honda Racing bersama pengeluar model skala mewah, Amalgam Collection, telah memperkenalkan model skala ultra-terperinci bagi jentera Formula 1 Honda RA272 kereta F1 pertama Honda yang memenangi perlumbaan Grand Prix pada tahun 1965 di Mexico. Pelancaran ini dibuat sempena ulang tahun ke-60 kemenangan bersejarah tersebut.

Honda
Honda
Pengeluaran model ini amat terhad, malah lebih jarang berbanding supercar eksklusif. Ia ditawarkan dalam dua pilihan skala iaitu 1:18 (300 unit sahaja) dan 1:8 (30 unit sahaja). Harga pula mencerminkan tahap eksklusifnya model skala 1:18 dijual pada harga USD 1,735 (sekitar RM8,100.00), manakala model skala 1:8 mencecah USD 28,995 (sekitar RM135,700.00), menjadikannya lebih mahal daripada model Honda sebenar seperti HR-V, Civic sedan/hatchback dan Accord.

Honda

Menurut Honda, corak asas model ini dihasilkan melalui imbasan digital berketepatan tinggi serta ratusan foto asal dari musim perlumbaan 1965. Bagi model skala 1:8, ia dibina menggunakan kira-kira 1,600 komponen termasuk casting, photo-etching, dan bahagian logam CNC-machined. Proses pembangunan acuan mengambil masa 4,500 jam, manakala setiap unit memerlukan sekitar 450 jam untuk disiapkan.

Honda

honda
Model ini turut dilengkapi replika enjin V12 1.5 liter yang menghasilkan 230 hp pada era tersebut, mampu berputar sehingga 12,000 rpm walaupun versi model ini tidak berfungsi. Setiap unit disertakan dengan kotak pameran khas, sijil ketulenan, serta buku kenangan yang ditandatangani Presiden Honda Racing Corporation (HRC), Koji Watanabe.

Honda

Bagi peminat yang mahu memilikinya, jualan akan berlangsung secara eksklusif di acara The Quail dan Rolex Monterey Motorsports Reunion sempena Monterey Car Week pada 15 dan 16 Ogos ini. Maaf bukan di Malaysia.

Honda

Amalgam Collection sebelum ini terkenal dengan pembuatan model kereta berskala tinggi yang dianggap antara paling realistik di dunia, dan RA272 ini menjadi bukti keupayaan mereka menghasilkan karya automotif yang benar-benar memukau.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif pengeluar kereta kedua terbesar Jepun itu, Toshihiro Mibe, berkata Honda…
Berita Global
Menurut Mibe, pembangunan kereta sport sentiasa menjadi jiwa Honda. Bagi dia, kereta sport dan…
Berita Global
Plastik adalah bahan penting dalam pengeluaran kereta, ia digunakan dalam bumper, komponen dalaman…