Model terakhir GT-R R35 Final Edition bakal dapat trenkuasa mild-hybrid?

oleh Mohamad Hanif|
Sementara Nissan kini sedang sibuk mempersiapkan diri menghadapi pelancaran model kereta sports baharu 400Z, timbul pula khabar terbaharu yang menyebut Nissan bakal 'menutup' generasi GT-R R35 dengan sebuah model hibrid.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Best Car Web, Nissan sedang merancang untuk mempertingkatkan prestasi GT-R dengan membawakan bantuan mild-hybrid 48V yang menampilkan Integrated Starter-Generator (ISG) pada enjin asal VR38DETT bentangan V6 itu.

Difahamkan, dengan bantuan mild-hybrid ini, ia mampu menambah 27 kuasa kuda dan 250 Nm, serta mampu memperbaiki bacaan penggunaan bahan api pada Nissan GT-R.

Varian mild-hybrid ini dijangka bakal menjadi model penutup kepada generasi R35 yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan sebelum mengakhiri produksi R35 pada tahun 2024.

 


Kira-kira dua tahun yang lalu, Nissan telah pun melancarkan model kereta sports edisi ulang tahun yang ke-50 Nissan GT-R 50th Anniversary Edition, serta model GT-R Nismo.

Nissan GT-R 2020 itu masih menggunapakai enjin 3.8 liter bentangan V6 yang menghasilkan 565 kuasa kuda dan 633 Nm daya kilas, namun kali ini Nissan telah menambahbaik trenkuasa tersebut dengan sepasang turbo baharu dan manifold ekzos yang telah dioptimasikan.

Sementara model GT-R Nismo pula didatangkan dengan talaan output 600 kuasa kuda dan 625 Nm.

 

Sumber: Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut laporan rakan media Paultan, model hibrid pertama itu merupakan SUV tiga baris tempat…
Berita Global
Untuk model semasa yang masih lagi wujud di pasaran tertentu, Peugeot telah mengemaskini penawaran…
Berita Domestik
Dari segi kuasa, Volvo XC90 B5 ini tampil dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang mampu…