Pada ketika itu, ia sudah pun mula dijual di Indonesia, disusuli dengan beberapa pasaran Asean yang lain.
Berita tentang kemunculan rasmi model tersebut ditanah air sudah lama berderu kencang, apatah lagi setelah pihak MODENAS membawakan unit pameran Ninja ZX-25R ABS SE sewaktu penganjuran MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang tahun lepas.
Menurut sumber terbaharu daripada rakan media MotoMalaya, MODENAS dijangka akan melancarkan model Ninja ZX-25R tersebut secara rasmi pada bulan September tahun ini.
Terdapat dua varian yang bakal ditawarkan kepada umum, iaitu ZX-25R SE dan ZX-25RR di mana harga jualan dianggarkan bermula dari RM33k hingga RM40k.
Ini sangat bertepatan dengan laporan terdahulu di mana model empat dapur itu dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Menurut CEO MODENAS, Encik Roslan Roskan berkata, pihaknya sedang mempersiapkan barisan produksi bagi model tersebut di kilang Gurun.
Pihak MODENAS juga turut menghantar beberapa orang wakil ke Kawasaki Jepun untuk memahami produk tersebut dengan lebih mendalam.
Apapun, kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada pihak MODENAS dalam masa terdekat.
Sumber: MotoMalaya