MODENAS buka pusat Service Plus kedua di Pantai Timur

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd atau MODENAS telah memperluas rangkaian pusat perkhidmatan lepas jualannya di Negara ini dengan pembukaan pusat “Service Plus” yang kedua khusus di wilayah Pantai Timur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terletak di Kuala Terengganu, ianya merupakan cawangan pusat “Service Plus” yang ke-37 di Negara ini yang dikendalikan oleh wakil MODENAS, DRZ Motorsport. untuk memenuhi keperluan pelanggan di negeri Terengganu dan juga di wilayah Pantai Timur.

Majlis perasmian pembukaan pusat “Service Plus” ini  telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi.

Turut hadir di majlis perasmian adalah wakil-wakil kelab pemilik motosikal MODENAS iaitu Dominar 400 Club Malaysia (D4CM) dan Malaysia Pulsar Owners Club (MPOC) sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap jenama MODENAS.

 


Bersempena dengan pembukaan rasmi ini, MODENAS turut menganjurkan beberapa aktiviti termasuk pemeriksaan perkhidmatan servis percuma untuk pelanggan MODENAS dan juga tunggang uji motosikal Modenas yang disediakan untuk orang ramai.

“Pusat “Servis Plus” dikhaskan untuk memberikan servis dan alat ganti berkualiti tinggi kepada semua pemilik “ street bike” Modenas dengan waktu pemulihan yang cepat.

Ini termasuk pemilik Modenas Pulsar NS160, NS200, RS200, Dominar 400 atau V15.

Pusat “Servis Plus” ini dilengkapi dengan semua alat diagnostik terkini untuk pelanggan kami di sekitar Terengganu, oleh itu mereka tidak perlu melakukan perjalanan jauh atau keluar dari Kuala Terengganu hanya untuk servis motosikal mereka.

 


Sebagai sebahagian daripada matlamat Syarikat untuk memperkukuhkan usahanya untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, MODENAS mensasarkan untuk menyediakan sejumlah 40 pusat “Service Plus” menjelang akhir tahun ini.

DRZ Motorsport “Service Plus” terletak di 116C Jalan Chabang Tiga Simpang Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Pusat “Service Plus” ini beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad (Tutup pada hari Jumaat dan Cuti Umum) dari jam 9.00 pagihingga 6.00 petang.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…