Modenas Elegan 250 EX 2023 rasmi, lampu projektor baharu, enjin 250 cc Euro 4, RM16,997

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini melancarkan skuter Elegan 250 cc versi kemaskini, Elegan 250 EX untuk tahun 2023.

Skuter maxi ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 250 cc yang kini mematuhi piawaian Euro 4, dengan kuasa maksimum 22.1 hp @ 7,000 rpm dan daya kilas 22.4 Nm @ 6,500 rpm.
 

Eleg


Selain daripada enjin Euro 4, Modenas Elegan 250 EX kini didatangkan dengan unit lampu hadapan berkembar jenis projektor yang lebih moden, dipadankan dengan lampu nyalaan siang DRL LED yang lebih bergaya.

Antara kelengkapan lain yang dikekalkan daripada model terdahulu termasuklah meter kelajuan digital pelbagai fungsi, jam digital, dan pengecas USB untuk peranti pintar.
 

elegan


Menjadikan skuter Elegan 250 EX lebih selamat ialah sistem brek cakera depan dan belakang, dibantu dengan kehadiran sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran yang menjadikan Elegan 250 sebuah skuter yang lebih bernilai untuk setiap wang yang dibelanjakan.

Terdapat dua warna baharu yang ditawarkan kepada pelanggan di Malaysia, iaitu Matte Silver dan Petroleum Blue.
 

elegan


Harga jualan bermula dari RM16,997, di mana setiap elegan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dominar D400 Adventure merupakan versi yang dipertingkatkan dari versi sebelum ini, dikuasakan oleh…
Pelancaran Motosikal
Dominar D250 dikuasakan oleh enjin satu silinder DOHC Twin Spark 248.77 cc, dipadankan bersama…
Berita Domestik
Antara ciri pembaharuan yang dibawakan termasuklah unit lampu hadapan serba baharu, kehadiran slot…