Menjadi penyambung legasi kepada Vulcan 500, Modenas Eliminator 500 hadir sebagai model cruiser gaya klasik dengan nadi serba baharu dari model Ninja 500 yang menjadikannya lebih berkuasa.
Ianya dikuasakan enjin 451 cc dua silinder sebaris DOHC sejukan cecair dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, menghasilkan kuasa sehingga 45 HP dan 42.6 Nm.
Walaupun berkongsi enjin Ninja 500, Modenas Eliminator 500 juga menggunakan casis berbeza bagi menawarkan pengalaman menunggang yang lebih santai.
Eliminator 500 juga hadir dengan ketinggian tempat duduk 735 mm yang menawarkan keselesaan lebih baik untuk penunggang.
Bahagian suspensi merangkumi fork teleskopik 41 mm di depan dan dua penyerap hentak di belakang dengan fungsi preload.
Aspek brek pula dibantu oleh angkup brek 2 piston bersama cakera 310 mm di depan dan angkup brek 1 piston bersama cakera 220 mm di belakang.
Untuk pasaran Malaysia, Modenas Eliminator 500 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Pearl Robotic White dan Metallic Spark Black, dengan harga RM30,100 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.