MODENAS lancar Ninja, Ninja 250 ABS, Z250 ABS - dari RM18,900

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Modenas selaku pengedar baharu motosikal jenama Kawasaki hari ini secara rasmi mengumumkan kemunculan semula jenama Kawasaki di Malaysia menerusi pengenalan tiga model - Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi kuasa, MODENAS Ninja 250 dan Z250 didatangkan dengan nadi parallel-twin 249 cc sejukan cecair spesifikasi Euro 4 yang mampu menjana kuasa 27.5 kW @ 12,500 rpm, serta daya kilas 23.0 Nm @ 10,000 rpm, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dan klac assist/slipper.
 

Z250


Menggunakan kerangka keluli Trellis bertekanan tinggi, aspek tunggangan jentera ini dibantu dengan penggunaan suspensi depan fork teleskopik (jarak pergerakan suspensi 120 mm), diikuti lengan ayun dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang (jarak pergerakan suspensi 130 mm).

Sistem brek menggunakan rotor bersaiz 286 mm di depan, diikuti dengan rotor 193 mm di belakang yang dibantu dengan sistem brek ABS dua saluran (untuk dua model Ninja 250 ABS dan Z250 ABS sahaja).
 

Z250


Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 14 liter sementara ketinggian pelana pula adalah sama untuk ketiga-tiga model - 795 mm.

Antara teknologi moden lain termasuklah sistem pencahayaan LED depan dan belakang, ERGO-FIT, serta indikasi tunggangan ekonomikal.
 

Ninja


MODENAS Ninja 250 ditawarkan dalam dua warna iaitu Metallic Carbon Grey atau Metallic Matte Graphite, sementara model Ninja 250 ABS didatangkan eksklusif dengan warna Metallic Matte Graphite Grey dan Z250 ABS pula berwarna Metallic Spark Black.

Harga jualan adalah seperti berikut:

  • MODENAS Ninja 250 - RM18,900
  • MODENAS Ninja 250 ABS - RM20,500
  • MODENAS Z250 ABS - RM19,500

Kesemua model MODENAS ini boleh didapati di semua wakil pengedar sah Kawasaki bermula 1 Ogos ini.
 

Ninja


Sebagai makluman, ekoran daripada hasil peningkatan saham Kawasaki Motors. Ltd,(“KMC”) di dalam Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd. (“MODENAS”), kesemua model motosikal KAWASAKI 650cc kebawah akan dijenamakan semula dibawah MODENAS.

“Kami di MODENAS amat berbangga berkongsi etos yang sama dengan pihak KAWASAKI dalam mengutamakan pelanggan yang mana ia akan memboleh dan memastikan semua pelanggan kami mendapat produk yang berpatutan, berkualiti dan berteknologi tinggi. Kami berhasrat untuk membawa penyelesaian yang unik dan pengalaman yang lebih tinggi kepada pasaran dua roda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Roskan.
 

Z3250


“Pesanan saya kepada semua pemilik motosikal KAWASAKI, lama dan baharu; di bawah pengurusan MODENAS, anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan pelanggan yang serupa atau lebih lagi. MODENAS sentiasa memerhati, mempelajari dan menyesuaikan operasi perniagaan sepertimana rakan kongsi teknikal dan pemegang saham kami, KMC.

"Bersama-sama dengan KAWASAKI, kami bersedia untuk pengembangan perniagaan yang lebih besar. Membawakan anda produk dan tawaran untuk meningkatkan gaya hidup anda melalui pengalaman yang sihat. Sehingga itu, pastikan anda memantau perkembangan kami yang akan datang.”

 

MODENAS NINJA 250

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…