MODENAS lancar Vulcan S 2023 – enjin 649 cc, 59.9 hp, 62.4 Nm, dari RM36,500

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Modenas Sdn Bhd hari ini melancarkan secara rasmi Sports Cruiser terbaharu MODENAS Vulcas S (ABS).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia dikuasakan oleh enjin parallel-twin 649 cc sejukan cecair yang mampu menjana kuasa 60 hp dan daya kilas 62.4 Nm, serta padanan transmisi enam nisbah kelajuan.
 

vulcan s


Tidak seperti model lain, Vulcan S mempunyai sistem Ergo Fit di mana terdapat tiga kedudukan bar pemegang, tempat duduk dan tempat letak kaki yang berbeza, menjadikan motosikal itu dibina untuk semua saiz penunggang.

Sports Cruiser ini adalah seberat 229 kg, namun dengan ketinggian pelana sekitar 705 mm dan titik graviti yang rendah, ia lebih mudah dikendalikan semasa menunggang.
 

Vulcan S


Secara standard, Vulcan S 2023 mendapat rim hadapan bersaiz 18 inci, diikuti rim belakang bersaiz 17 inci, lampu depan yang moden, takometer analog serta paparan LCD berbilang fungsi.

Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik hadapan dengan jarak pergerakan roda 130 mm, manakala bahagian belakang disokong oleh lengan ayun Horizontal Back-Link dengan jarak gerak roda 80 mm.

Aspek pemberhentian cruiser ini diserahkan kepada sistem brek dengan rotor bersaiz 272 mm di depan dan 216 mm di bahagian belakang.
 

Vulcan


Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 14 liter.

Untuk pasaran Malaysia, terdapat dua warna yang boleh dipilih iaitu Metallic Fiat Spark Black (RM36,500) manakala warna Pearl Matte Sage Green pula dijual pada harga sedikit mahal, RM37,200.

MODENAS Vulcan S 2023 ini boleh didapati di semua bilik pameran Kawasaki menjelang akhir Mac 2023.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…