MODENAS mula pemasangan Ninja 250 ABS, Z250 ABS di Gurun

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, kumpulan media tempatan telah dijemput sendiri untuk melawat kilang MODENAS yang terletak di Gurun, Kedah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Careta berpeluang untuk melihat sendiri barisan pemasangan baharu yang disediakan untuk memasang model-model Kawasaki.
 

Ninja


Menurut Yusaki Kashiwagi selaku Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS berkata, buat masa ini barisan baharu itu diperuntukkan untuk memasang model-model Kawasaki bersesaran 250 cc yang djenamakan semula sebagai MODENAS dengan enjin dua silinder terlebih dahulu.

Dua buah model yang sudah dipasang buat masa ini termasuklah MODENAS Ninja 250 ABS dan MODENAS Z250 ABS, dan dalam masa terdekat model Ninja 250 non-ABS bakal menyusul.
 

Ninja


Ia merupakan antara barisan model-model pemasangan tempatan (CKD) bawah 650 cc yang bakal dipasang di kilang MODENAS, Gurun dan bakal membuat kemunculan rasmi dalam masa terdekat, berkemungkinan besar pada bulan depan.

Berkenaan soal kualiti, usah risau kerana proses pemasangan model-model yang disebutkan di atas turut dipantau sendiri oleh wakil Kawasaki yang turun sendiri dari Jepun dan daripada kilang Kawasaki Thailand.
 

Ninja


Dalam pada itu, CEO MOdenas Roslan Roskan memberitahu, pihaknya menyasarkan pemasangan 200 hingga 300 unit model-model Kawasaki dalam tempoh satu bulan dengan menggunakan satu syif sahaja buat masa ini.

Selain daripada model 250 cc, MODENAS juga bakal membawakan sebuah lagi model CKD iaitu Vulcan S bersesaran 650 cc menjelang akhir tahun ini.

Dalam masa akan datang, MODENAS akan turut mewujudkan satu lagi barisan pemasangan di kilang Gurun yang khusus untuk pemasangan enjin-enjin Kawasaki, dengan sasaran kandungan tempatan 33-35 peratus.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…