Modenas Ninja 250 SE ABS buat kemunculan rasmi di NAP 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika acara pengumuman Dasar Automotif Nasional 2020, Modenas mengambi kesempatan memperlihatkan motosikal superbike bersesaran 250 cc pertama iaitu Modenas Ninja 250 SE ABS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan model pertama yang diproduksikan setelah 30 peratus pegangan di dalam Modenas diambil alih rakan teknikalnya, Kawasaki Heavy Industries. 
 


Modenas Ninja 250 SE ABS juga merupakan model pertama yang hadir di rantau Asia Tenggara dengan nadi enjin parallel-twin yang memenuhi piawaian Euro 4, berbanding Euro 3 pada model terdahulu. 

Atas kertas, enjin ini mampu menghasilkan 37 PS pada 12,500 rpm, dan daya kilas 23 Nm yang digandingkan dengan transmisi enam kelajuan. 
 


Tiada perubahan dari segi mekanikal lain, selain masih mengunakan tangki bahan api sejumlah 14 liter dengan berat bersihnya hanya 167 kilogram.

Apa yang anda lihat ini, warna hitam dengan corak grafik ini adalah versi pertama yang diperkenalkan di luar Jepun. 
 


Bilakah model ini bakal dipasarkan di Malaysia?

Nantikan artikel selanjutnya dari kami.

Berita Berkenaan

Tunggang Uji
Lesen juga menjadi satu faktor, bagi yang malas mengambil lesen B penuh seperti penulis, pastinya…
Berita Domestik
Ia merupakan satu-satunya model sports bike bersesaran 250 cc yang didatangkan dengan sistem…
Berita Domestik
Dalam satu temubual ringkas bersama Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan bertempat di…