MODENAS Ninja ZX-25R 2023 - tempahan dibuka, varian SE & RR, pelancaran September ini

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pengumuman warna baharu bagi model Ninja 250 ABS 2023, Edaran Modenas (EMOS) turut secara rasmi membuka tempahan bagi model sportsbike berenjin empat silinder sebaris Ninja ZX-25R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, model Ninja ZX-25R 2023 itu bakal dilancarkan kelak pada bulan September nanti, bertepatan dengan laporan awal yang pernah kami siarkan sebelum ini.
 

ZX25R


Untuk pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R bakal ditawarkan dalam dua varian, iaitu SE dan RR.

Membezakan model SE dengan RR ialah spesifikasi yang lebih premium untuk model RR seperti fork hadapan jenis terbalik 37 mm (SFF-BP), penyerap hentak BFRC lite, larasan pra-muatan, serta sistem ekzos baharu yang memenuhi piawaian Euro 4.
 

ZX25R


Dari segi kuasa, Ninja ZX-25R mengekalkan enjin empat silinder sebaris 249.8 cc dengan janaan kuasa 51 hp @ 15,500 rpm, daya kilas 22.9 Nm @ 14,500 rpm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan dan klac assist/slipper.

Baca: Kawasaki Ninja ZX-25RR 2023 masuk pasaran Indonesia
Baca: MODENAS Ninja ZX-25RR muncul Q3, CKD Gurun

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…