MODENAS perkenal e-kad keahlian, tawar lebih ganjaran

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini memperkenalkan e-kad keahlian baharu yang menawarkan lebih banyak manfaat dan ganjaran yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup pelanggan masa kini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Antara faedah-faedah yang bakal dinikmati oleh setiap ahli baharu:

  • E-baucar pembelian alat ganti tulen sehingga RM15 yang boleh ditebus di eShop MODENAS.
  • Diskaun pembelian alat ganti tulen sehingga 15% di setiap Pusat Servis milik MODENAS.
  • E-baucar bernilai RM10 jika anda berjaya membawa rakan anda mendaftar sebagai ahli baharu, Kelab Keahlian MODENAS yang boleh ditebus di eShop MODENAS.
  • Diskaun e-baucar khas pada hari kelahiran.
  • Percuma bantuan tundaan 24 jam untuk kerosakan di jalan raya dalam lingkungan 100km radius pergi balik dari pusat wakil servis MODENAS berdekatan. (sehingga 4 kali bantuan / setahun)
     
MODENAS


Untuk pendaftaran ahli baharu, caj sebanyak RM60 akan dikenakan, sementara caj RM40 setahun dikenakan untuk pembaharuan keahlian.

80 orang ahli pertama yang memperbaharui keahlian akan berpeluang untuk mendapatkan baucar aiskrim Baskin Robbins bernilai RM34, manakala 225 pembaharuan seterusnya akan mendapat baucar Single Jr. Scoop bernilai RM8.
 

MODENAS


“Kami sentiasa peka dan prihatin terhadap pelanggan kami. Dengan adanya program keahlian ini, serta tawaran menarik yang diberikan, kami meletakkan sasaran seramai 1,000 ahli baharu dalam suku kedua tahun ini.

"Dengan peningkatan jualan motosikal MODENAS yang semakin rancak dipasaran serta rakan kongsi baharu, KAWASAKI, tidak mustahil bagi Syarikat untuk mencapai sasaran”, kata Roslan Roskan Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.
 

MODENAS


Ahli yang sedia ada kini boleh memperbaharui atau memohon e-kad mereka dengan kandungan format baharu yang lebih mudah berbanding kad lama di mana-mana Pusat Servis MODENAS seluruh negara atau daftar secara atas talian di laman sesawang www.modenas.my.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Talian Careline MODENAS di 1-800-880-181 atau talian Whatsapp 019-570 8135.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sebelum ini, beberapa pemilik motosikal Modenas Elegan 250EX dikatakan akan berpeluang kilang…
Model Terbaharu
Seperti yang diketahui, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah dilantik sebagai pengeluar dan pengedar…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, inisiatif ini…