MODENAS perkenal minyak pelincir sintetik penuh EMOS 7000E

oleh Mohamad Hanif|
otosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd hari ini memperkenalkan siri minyak enjin 100% sintetik ke dalam rangkaian
pelincir di bawah jenama EMOS.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Minyak enjin 100% sintetik, EMOS 7000E dilengkapi dengan kelikatan kelas SAE 10W-50, dengan campuran bahan tambahan premium dan minyak asas yang terdiri daripada Polyalphaolefins (PAO) dan Ester berkualiti tinggi yang dikhususkan untuk motosikal “street bike”.

PAO dan Ester adalah bahan yang membolehkan prestasi enjin yang konsisten dan melindungi komponen enjin dalam pelbagai keadaan tunggangan. EMOS 7000E sintetik ini melepasi standard antarabangsa API SN dan JASO MA2, dengan penggunaan teknologi canggih dan formulasi inovatif.

Pengenalan minyak 100% sintetik adalah sebahagian daripada komitmen Syarikat untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan dan produk selepas jualan, disamping itu memberikan nilai yang berterusan kepada para pelanggannya terutama pada waktu yang mencabar ini.
 


Pelinciran yang betul bukan sahaja mengurangkan penggunaan bahan bakar, tetapi juga meningkatkan kuasa dan meningkatkan ketahanan enjin. EMOS 7000E yang direka khas memberikan perlindungan pada suhu tinggi yang lebih baik untuk omboh (piston), kawalan enap cemar kepada injap, silinder yang berkarat dan juga “seal” yang bocor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, minyak enjin EMOS 7000E 100% sintetik dapat memberikan ketahanan terbaik untuk enjin motosikal anda.

“Di MODENAS, kami mahu semua pelanggan kami memanfaatkan motosikal mereka dengan sebaik mungkin. Dengan memperkenalkan pelincir 100% sintetik ini, semua penunggang motosikal di luar sana akan dapat menikmati produk premium berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan. EMOS 7000E bukan hanya akan memaksimumkan prestasi motosikal, tetapi juga memberikan kos penyelenggaraan yang lebih rendah dengan memberikan
perlindungan dan kebersihan enjin yang sangat baik, ”kata Roslan.

"Ia direka untuk memenuhi keperluan semua jenis “street bike” dan moped yang ada di pasaran yang menggunakan kelas minyak enjin yang sama. Setelah memperkenalkan EMOS 7000E, MODENAS juga merancang untuk memperkenalkan minyak enjin separa sintetik menjelang Q3 FY2021. "

EMOS 7000E boleh didapati di semua pusat servis MODENAS dan juga di cawangan ‘MODENAS Service Plus Centres’ seluruh negara pada harga RM62 sebotol. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di laman web mereka di: www.modenas.my

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…