MODENAS Power Store - pusat pameran 3S pertama di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini telah melancarkan MODENAS Power Store atau pusat pameran bertaraf 3S pertama di rantau ASEAN.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Terletak di Sunsuria Avenue, Kota Damansara, MODENAS Power Store bakal menawarkan satu pusat sehenti jualan dan khidmat selepas jualan khusus buat para pelanggan di dalam segmen street bike, iaitu Modenas Pulsar dan Dominar.

Selain menjadi pusat jualan, MODENAS Power Store turut menawarkan khidmat pembaikan on-site termasuklah pembaikan major, servis penyelenggaraan, dan khidmat membekal alat ganti tulen dan aksesori. 
 


Para pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat tunggang uji dan nasihat kewangan bagi model-model motosikal pilihan. 

Menurut CEO MODENAS, Roslan Roskan berkata, dengan pengenalan MODENAS Power Store ini di Malaysia, ia akan membolehkan Modenas meningkatkan lagi profil perniagaan mereka di dalam negara. 

Selain meningkatkan pengalaman pembelian motosikal, MODENAS Power Store juga menawarkan pengalaman pemilikan motosikal yang lebih menyeluruh bermula dari peringkat awal pembelian sehinggalah kepada servis penyelenggaraan dan kustomisasi jentera peribadi. 
 


Menurut Sameer Deshpande, Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa Bajaj Auto Limited berkata, "Malaysia merupakan sebuah destinasi pasaran yang unik dan menerusi kerjasama dengan Modenas, kami berupaya membawakan model motosikal paling laris Bajaj untuk pasaran Malaysia, pada harga yang berpatutan - sama seperti penguasaan di 70 buah pasaran lain.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…